Monday, May 2, 2011

Monyet terbuang!!

Di suatu kaunter pandu bayar sebuah kereta di dapati masuk untuk membuat pembayaran bil.

Setelah selesai urusan pembayaran cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk di situ. Melihat cashier itu kehairanan pemandu itu berkata,"saya bertemu dengannya di tepi jalan. Kerana kasihan saya mengambilnya. Err, cik ada idea apa yang perlu saya buat?".

Cashier itu berkata sambil tersenyum, "ya. Saya rasa baik encik membawanya ke zoo".

Pemandu itu tersenyum dan berkata, "betul juga. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?".

Beberapa bulan selepas itu di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu.

"Saya ingat encik sudah membawanya ke zoo", katanya.

Pemandu itu terus menjawab,"ya saya telah membawanya ke zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

No comments:

Post a Comment