Friday, April 22, 2011

Aku x bersalah!!

Pertarungan Papa Dan Mama

Di sebuah rumah setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.

Apit walaupun sudah memasuki darjah satu hingga kini masih tidur bersama ibu bapanya tetapi berlainan katil.

Pada suatu malam si papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si mama.

"Sayang, abang nak lagi, yang". Pelawa si papa disertai nafas ghairah.

"Ya bang. Tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?", jawab si mama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si papa terus teriak, "Pit, dah tidur kau Pit?".

"Belum papa. Tengah menghafal sifir".

"Sudah. Esok saja, dah malam, tidur", perintah si papa tegas.

Kira-kira 10 minit kemudian, si papa teriak lagi, "Pit dah tidur kau Pit?".

"Belum", laung Apit.

Si papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu berjalan ke katil Apit memarahi dan memukul si Apit sehingga kening si Apit benjol .

"Di suruh tidur, tidurlah".

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya.

Lalu gurunya pun mengajar Apit, "malam nanti kalau ditanya lagi, kamu diam saja, ya Apit".

"Ya cikgu", jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar papanya bersembang dengan mamanya.

"Sayang, apa kata kita ke syurga lagi".

"Ya bang. Tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum".

"Pit, dah tidur kau Pit?".

Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

"Apit, dah tidur kau Pit?", ulang papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka papanya terus mematikan lampu. Jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada mendapat benjol dia menahan ketakutannya.

Terjadilah 'pertarungan' antara papa dan mama yang tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara papanya termengah-mengah, "yang, abang nak keluar ni".

"Ya bang, kita keluar sama-sama", Apit dengar suara mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati, "Apit nak ikut. Apit nak ikuuttt".

Esoknya Apit mendapat benjol lagi.

No comments:

Post a Comment